HUKUM BERBEKAM DI BULAN PUASA

bekam bulan pose 2016

HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI:-

1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم

“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadith sahih Bukhari

2.

رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة

“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”

(HR. Ad Daruquthni, An Nasa’i dalam Al Kubro, dan Ibnu Khuzaimah)

 

 

PENDAPAT KEDUA: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.

DALIL PENDAPAT INI:

1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.

Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:

“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”

 

Jawapan dr ULAMA JUMHUR

“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).

 

KESIMPULAN

Pendapat yg lebih kuat ialah berbekam tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadith yg menguatkan ini:

أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.

“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”

Hadith sahih Bukhari.

Habbatus Sauda

habbatus sauda

 

Habbatus Sauda / Biji Jintan Hitam / Black Seeds
*************************************************************

Kandungan Habbatus Sauda
* Mengandungi lebih daripada 100 komponen zat penting,
* Sumber yang kaya dengan asid lemak tidak tepu & mengandungi 35% minyak, 21% protein & 38% karbohidrat.
* Lebih daripada 50% minyak adalah asid lemak penting (Asid Linoleat & Asid gamma linolenat) dimana ianya membantu dalam membentuk prostaglandin E1 bagi menghalang jangkitan, meimbangkan sistem imunisasi tubuh & bertindak balas pada alergi.
* Asid linoleat gamma juga membantu menstabilkan membran sel.
* Habbatus Sauda mengandungi 0.5 – 1.5 peratus minyak aroma termasuk nigellone & thymochinon yang menyebabkan khasiat anti histamina, iaitu penyekatan bahan kimia yang penting untuk badan, anti oksida, anti jangkitan, iaitu mampu bertindak melawan jangkitan, dan kesan broncho-dialating(pengaliran udara ke paru-paru)
* Bahan-bahan lain yang ditemui termasuklah kalsium, kalium, besi, zink, magnesium, selenium yang membantu menghalang kerosakan DNA, vitamin A, vitamin B, Vitamin B2, Vitamin B3 dan Vitamin C.

Manfaat pengambilan Habbatus Sauda
*************************************************
* Habbatus Sauda adalah herba yang baik dan banyak manfaat, terutamanya bagi mempertahankan sistem kekebalan yang kuat & sihat. Ia juga berguna untuk mereka yang menderita penyakit asma dan masalah pernafasan, lemah, ataupun sistem kekebalan tubuh terganggu, masalah ginjal ataupun hati, pencernaan dan masalah perut, radang sendi, masalah peredaran darah, alergi, demam, dan jerawat.
* Habbatus Sauda adalah ramuan yang baik dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Selain itu, Habbatus Sauda tidak memiliki kesan sampingan dan memiliki sejarah penggunaan selama beberapa ribu tahun.

US Patents Section, Antivirus Agen Buletin melaporkan:
” Biji Jintan Hitam(Habbatus Sauda) merangsang sumsum tulang dan sel-sel kekebalan serta meningkatkan pengeluaran protein untuk pertahanan ataupun ubat, melindungi sel-sel normal terhadap kesan menghancurkan sel virus, menghancurkan sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang mengeluarkan sel B”

Subhanallah,

” Terdapat penyembuhan dalam biji jintan hitam (habbatus sauda) untuk semua penyakit, kecuali mati”
Sahih Bukhari,

CREDIT : (PTS ISLAMIKA) Rasulullah is my DOCTOR , Jerry D. Gray

Bekam Sebagai Rawatan Alternatif (Bekam dalam mengurangkan risiko penyakit jantung)

Bekam Sebagai Rawatan Alternatif (Bekam dalam mengurangkan risiko penyakit jantung)

 

Sedikit ringkasan dari petikan Utusan Malaysia 20 Oktober 2015,

Menurut Ketua Penyelidik Bekam Klinikal HUSM, Prof Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail, berbekam dapat mengurangkan risiko penyakit jantung melibatkan kumpulan individu yang sihat dan bagi kelompok yang mengalami masalah diabetes dan darah tinggi. Pihaknya juga mendapati berbekam membantu merawat penyakit lain seperti migraine, sinusitis kronik(resdung), buah pinggang, angin ahmar dan vertigo( penyakit ketidakseimbangan dalam telinga).

Rawatan bekam klinikal boleh diambil bersama dengan rawatan perubatan biasa yang diambil oleh pesakit yang dibuat secara berterusan untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik.

Kebaikan yang amat ketara mengenai rawatan bekam klinikal ialah tidak ada kesan sampingan, tiada risiko penyakit atau berlakunya pendarahan yang tidak terkawal.

20151020193858 (2)

Buku “Sains Bekam” hasil kajian Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail, Dr. Mujahid Bakar & Dr. Suhaily Mohd Hairon (HUSM)

Review

Tajuk Buku : Sains Bekam

Kajian : Prof.Dr.Aziz Al-Safi Ismail , Dr. Mujahid Bakar, Dr. Suhaily Mohd Hairon
Suntingan : Abdullah Al-Qari

Kandungan :
i) Pendahuluan
ii) Bekam Dari Kaca Mata Islam
iii) Kajian Saintifik Bekam
iv) Prosedur Lengkap Bekam
v) Pemilihan Titik Bekam
vi) Ciri-ciri Pusat Bekam
vii) Rajah Titik Bekam Pelbagai Penyakit
viii) Perkhidmatan Bekam
ix) Soalan Lazim Mengenai Bekam

Sedikit Gambar Buku ini untuk dikongsikan bersama.

23Gambar Ketiga-tiga Ahli terapi kami

Jpeg

Jpeg

Bekam Kepala Tanpa CUKUR Rambut Di Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara

 

POSTER BEKAM KEPALA TANPA CUKUR copy

Anda mempunyai masalah2 seperti berikut? ;

1.Stroke
2.Migrain
3.Sakit kepala yang tak menentu
4.Mudah mengantuk

Sekiranya ada, kami sedia membantu mengatasi masalah anda dengan berbekam. InsyaAllah masalah anda akan dapat diatasi.

Antara Hadis berbekam di kepala
*******************************

– Disebutkan oleh Abu Nu’aim di dalam kitab ath-Thibbun Nabawi,
sebuah hadith marfu’: “Kamu harus berbekam
di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat
menyembuhkan dari 5 penyakit.” Beliau menyebutkan
diantaranya adalah kusta –

– Dari Ibnu Umar R.A., berkata: “Nabi S.A.W. pernah berbekam
di kepalanya dan menyebutnya sebagai Ummu Mughits.”
(Kitab al-Fawaaid, dinilai hasan oleh al-Albani) –

Di Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara, kami akan bekam tanpa mencukur rambut anda supaya anda tampil hensem selalu.

 

 stress relief therapy poster copy